Latihan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Projek pembinaan empangan itu telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.
__________ pelaksanaannya tetap diteruskan.
A. Bagaimanapun
B. Namun demikian
C. Lebih-lebih lagi
D. Meskipun demikian
2. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri. ____________
apabila berada di luar kawasan sekolah.
A. Di samping itu
B. Oleh yang demikian
C. Tambahan pula
D. Lebih-lebih lagi
3. Pak Mahat bercadang untuk menjual tanah pusakanya yang terletak di hulu sungai.
___________, sudah ada orang yang sunggup membeli tanah tersebut.
A. Kemudian
B. Lagipun
C. Lantaran itu
D. Bagaimanapun
4. Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. _____________
semua pihak perlu berganding bahu menangani masalah tersebut.
A. Justeru
B. Seterusnya
C. Malahan
D. Sesungguhnya
5. Rakyat diingatkan oleh Perdana Menteri supaya tidak campur tangan dalam urusan politik
negara. _________ negara sedang mengalami krisis politik.
A. Oleh sebab itu
B. Dengan demikian
C. Meskipun demikian
D. Hal ini demikian kerana
6. Penglibatan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan dapat membina jati diri mereka.
_________, mereka dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
A. Sebaliknya
B. Lantaran itu
C. Di samping itu
D. Walau bagaimanapun
7. Mazni dan Farah selalu berbincang tentang subjek Matematik. __________
mereka sering mendapat markah yang tertinggi dalam subjek tersebut.
A. Lebih-lebih lagi
B. Namun demikian
C. Oleh sebab itu
D. Dalam pada itu
8. Kehidupan keluarga petani itu sangat miskin. ________ anak-anak petani itu tidak
pernah mengabaikan pelajaran mereka.
A. Lantaran itu
B. Dengan itu
C. Oleh yang demikian
D. Sungguhpun demikian
Jawapan
1.B 2.D 3.B 4.A 5.D 6.C 7.C 8.D