Peribahasa
1.                   Ibarat meniti buih        
Kerja yang sangat susah

2.                  Ibarat menunggu tanduk kerbau goyah         
 Inginkan yang mustahil

3.                  Ibarat mestika gamat   
  Amat baik     
           
4.                  Ibarat pasang pelita dilanggar tikus  
Hilang rasa seronok oleh  kerana kesilapan kecil

5.                  Ibarat rotan, asal berinsang, dicucuk belaka   
 Tidak memilih

6.                  Ibarat rosak bawang ditimpa jambak       
Malang kerana perbuatan sendiri

7.                  Ibarat sepuluh kali diukur, sekali dikerat     
Bekerja dengan teliti

8.                  Ibarat wau melawan angin   
Orang kecil melawan orang berkuasa

9.                  Ibarat tulang dengan rengkungan       
Sangat menyusahkan

10.               Ibarat untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak      
Nasib tidak dapat diubah

date Friday, 30 September 2011
comments

date Thursday, 29 September 2011
comments


AYUN ADIK AYUN
AYUN LAJU-LAJU
BANGUN ADIK BANGUN
BANGUN PAKAI BAJU
BAJU CEKAK MUSANG CORAK BELANG SAWA
NAK MAIN DI PADANG
GELAK DAN KETAWA

date Sunday, 25 September 2011
comments

date Saturday, 24 September 2011
comments

date
comments

ba 

date Saturday, 17 September 2011
comments

LATIHAN TATABAHASA 2 11.Orang kenamaan itu sedang beramah mesra_______ kanak-kanak cacat di majlis itu. a.terhadap b.pada c.dengan d.bagi. 12.Puan Geeta ke dapur_______ menjerang air. a.sambil b.lalu c.dan d.maka. 13.Encik Lim________ ke pejabat dengan basikal. a.mundar-mandir b.lambat-laun c.lalu-lalang d.ulang-alik. 14.Encik Malik sedia berkhidmat________ tenaganya diperlukan. a.walaupun b.sehingga c.selagi d.kerana. 15.''Wah,_________ betul cuaca hari ini!'' kata Rasli. a.bersih b.nyaman c.cerah d.cantik. 16.Air tasik yang_______ itu berkocak apabila dilempari batu. a.hening b.nyaman c.syahdu d.tenang 17.Majlis perasmian itu berjalan dengan_________ . a.laju b.pantas c.lancar d.licin. 18.David sentiasa berfikir_________ sebelum melakukan sesuatu. a.banyak b.panjang c.jauh d.lama. 19.Nenek menatap wajah kami_________ . a.sedikit-sedikit b.lama-lama c.jelas-jelas d.kuat-kuat 20.Perbuatan________ di pusat beli-belah tidak berfaedah. a.membeli-belah b.melihat-lihat c.merayau-rayau d.meninjau-ninjau.

date
comments

LATIHAN TATABAHASA 1 1. Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing. a.meminta b.diminta c.permintaan d.mintalah 2.Mangsa-mangsa kemalangan itu________ rawatan pesakit luar. a.melalui b.memasuki c.menjalani d.mengharungi 3.Seekor ikan paus_______ di pantai Merdeka. a.terbaring b.tertiarap c.terperosok d.terdampar. 5.Ibu menyuapkan________ pulut ke mulut adik. a.seketul b.sepinggan c.sekepal d.sebuku. 6.Hanya segelintir penduduk kampung yang mempunyai kereta lebih daripada_________ . a.sebiji b.sebutir c.sebuah d.sepotong 7.Dia berasa_______ untuk menerima bantuan daripada orang yang tidak dikenalnya itu. a.buta hati b.tawar hati c.besar hati d.berat hati. 8. Salwa meluahkan________ nya kepada kami sambil menangis. a.patah hati b.isi hati c.khabar anggin d.titik peluh 9.Tan Meng tidak________ untuk meninggalkan adiknya seorang diri di situ. a.mengambil berat b.mengambil hati c.sampai hati d.sampai hajat 10.Baju itu dibuat_________ sutera. a.dari b.daripada c.dengan d.di

date Friday, 16 September 2011
comments

date
comments

Buat baik berpada-pada...
Buat jahat jangan sesekali!!


date
comments

Peribahasa

1.    Sudah jatuh ditimpa tangga 
Malang berturut-turut
2.  Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya 
Lain yang membuat salah, lain yang dituduh
3. Laksana air titik ke batu 
Susah menasihati orang degil
4.  Anjing bersepit ekor
 Pergi oleh kerana malu
5.  Laksana arang habis, besi binasa
 Usaha sia-sia
6.  Ayam menang kampung tergada
Menang tetapi rugi
7.  Laksana bertih dalam kuali
 Petah bercakap
8.  Beri betis, hendak paha 
Beri sedikit hendak banyak
9.  Direbus tak empuk 
Susah dikalahkan
10.               Ditatang bagai minyak yang penuh 
Sangat dikasihi, sangat disayangi

date Wednesday, 14 September 2011
comments

Kawan-kawan..
Nama  saya Kway Soo Koon. Murid- murid  mengelar saya Cikgu Kway atau Miss Kway.
Saya berasal dari suatu tempat kecil yang bernama Pelabuhan Kelang. Saya berkhidmat di SJKC PANDAMARAN B, iaitu sebuah kampung baru. Saya telah berkhidmat selama 8 tahun di sekolah ini.
Kini saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS sebagai pelajar PJJ.
Berikut ialah sedikit-sebanyak  tentang saya:
NAMA:   KWAY SOO KOON
NO. MATRIKS:   D20102041275
KUMPULAN : EL-B07
OPSYEN:   BAHASA CINA, BAHASA MELAYU

Ini merupakan julung-julung kali saya membina blog. Saya mendapat banyak ikhtibar dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan sama ada yang saya kenali atau tidak sepanjang proses saya membina blog. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan kepada mereka-mereka yang telah menghulurkan bantuan kepada saya sehingga menjayakan blog ini.
Akhirnya, silalah  berikan tunjuk ajar kepada saya yang baru belajar ini.

date
comments

date Friday, 9 September 2011
comments