Kawan-kawan..
Nama  saya Kway Soo Koon. Murid- murid  mengelar saya Cikgu Kway atau Miss Kway.
Saya berasal dari suatu tempat kecil yang bernama Pelabuhan Kelang. Saya berkhidmat di SJKC PANDAMARAN B, iaitu sebuah kampung baru. Saya telah berkhidmat selama 8 tahun di sekolah ini.
Kini saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS sebagai pelajar PJJ.
Berikut ialah sedikit-sebanyak  tentang saya:
NAMA:   KWAY SOO KOON
NO. MATRIKS:   D20102041275
KUMPULAN : EL-B07
OPSYEN:   BAHASA CINA, BAHASA MELAYU

Ini merupakan julung-julung kali saya membina blog. Saya mendapat banyak ikhtibar dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan sama ada yang saya kenali atau tidak sepanjang proses saya membina blog. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan kepada mereka-mereka yang telah menghulurkan bantuan kepada saya sehingga menjayakan blog ini.
Akhirnya, silalah  berikan tunjuk ajar kepada saya yang baru belajar ini.

date Wednesday 14 September 2011
comments