Peribahasa
1. Sudah jatuh ditimpa tangga
Malang berturut-turut
2. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
Lain yang membuat salah, lain yang dituduh
3. Laksana air titik ke batu
Susah menasihati orang degil
4. Anjing bersepit ekor
Pergi oleh kerana malu
5. Laksana arang habis, besi binasa
Usaha sia-sia
6. Ayam menang kampung tergada
Menang tetapi rugi
7. Laksana bertih dalam kuali
Petah bercakap
8. Beri betis, hendak paha
Beri sedikit hendak banyak
9. Direbus tak empuk
Susah dikalahkan
10. Ditatang bagai minyak yang penuh
Sangat dikasihi, sangat disayangi